
Sambal ikan kering ni memang pembuka selera. Makan dengan nasi panas, boleh makan berpinggan-pinggan dibuatnya. Sambal yang cukup segala rasa. Ada rasa pedas, masam, masin dan manis. Nak buatnya pun tidaklah susah, senang sahaja. Jom kita cuba resipi yang dikongsi oleh Nooraini Ramly.
SAMBAL IKAN KERING
BAHAN-BAHAN:
- Ikan kering | guna ikan gelama
- Belacan | digoreng
- 1 ulas bawang besar
- 6 biji cili padi merah
- 6 biji cili padi hijau
- Sebiji mangga muda
- 1 sudu kecil gula
CARA PENYEDIAAN:
- Masukkan belacan, bawang merah dan gula ke dalam lesung batu dan tumbuk.
- Kemudian, masukkan ikan kering. Masukkan terus kepala ikan kerana kepala ikan yang buat sambal berlemak.
- Masukkan buah mangga yang dicincang halus dan akhir sekali baru masukkan cili padi.
- Tumbuk hingga hancur. Siap!
Kredit resipi & foto: Nooraini Ramly via Diari Rasa