Sampai Hari Ini Siti Sarah Rasa KesaI, Rupanya Ia Ada Kaitan Dengan Mesej Terakhir Dihantar Arwh Lok U

” Tapi nampaknya hajat dia tak kesampaian, sampai hari ini saya rasa sangat kesal kerana tak dapat memenuhi permintaannya itu,”


Itu pendedahan dibuat oleh Siti Sarah Raissuddin yang menceritakan tentang perbualan akhir mereka menerusi mesej peribadi beberapa hari sebelum Allahyrham Lok U menghmbuskan nfas trakhir.

Siti Sarah mengatakan dia masih merasai pemrgian mengejut komposer terkenal Allahyrham Lok U atau nama sebenar Faizal Uzir pada 22 Januari lalu memandangkan mereka bersahabat baik.

” Selepas dia mninggaI, saya mengalami kebimbangan (anxiiety) yang truk.

” Sebelum itu dia ada mesej saya bertanya mengenai pembukaan kafe Bubble Bee dan saya betul-betul tak ingat nak ajak dia datang pada waktu itu.

” Dalam perbualan itu dia ada bertanya mengenai bisnes dan saya kata kalau betul-betul berminat kita boleh bantu, saya tak pasti apa hajat dia sama ada nak buat bisnes atau hanya sekadar nak tengok-tengok dulu.

Lok U banyak beri semangat dan nampak bakat Siti Sarah.

Siti Sarah ditemui semasa majlis pelancaran single terbaharu nyanyiannya berjudul Dap… Dap… Dap… yang diadakan di pejabat syarikat rakaman Indigital Sdn Bhd di Metropolitan Square, Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.

Lok U mninggaI dnia di rumahnya di Puncak Jalil, Seri Kembangan, Selangor pada 22 Januari lalu kerana ssak nfas dan rbah selepas pulang melakukan aktiviti joging.

Sementara itu, Sarah berkata Lok U kerap memberikan kata-kata semangat kepadanya untuk terus kekal berada dalam industri muzik tanah air.

” Dia antara orang yang percaya pada bakat saya, kita semua tahu Lok U orang besar dalam industri dan dia selalu yakinkan saya dan beritahu saya ada bakat besar.

” Kalau nak tahu, sebenarnya kita ada perancangan untuk rakam lagu baharu menggunakan khidmat susunan muzik oleh Lok U tapi sekarang dia dah tiada!,” katanya yang akan tetap meneruskan projek tersebut meskipun tanpa komposer berkenaan.

Bercakap mengenai lagu Dap… Dap… Dap…, single terbaharu ini merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh penyanyi dan komposer muda, Yonnyboii.

Tampil dengan genre yang lebih segar, Sarah memberitahu dia mencari sesuatu kelainan dalam muzik dengan menggunakan tajuk lagu yang lebih catchy.

Lagu baharu ini ditujukan kepada suami tersayang, Shuib.

” Sejujurnya saya nampak bakat besar pada Yonnyboii dan berpendapat dia boleh pergi jauh dalam bidang ini, jadi tak salah kita bagi peluang.

” Tentang tajuk lagu? Kita pilih Dap… Dap… Dap… sebab lebih catchy! Ada dua makna sama ada manis atau sedap, kalau guna tajuk ‘Manis’ tu terlalu klise, jadi kita pilih tajuk yang lebih mudah diingati,” ujarnya.