[VIDEO] “Ayah, Tak Boleh Bukak Siol”, Gelagat Lucu Kanak-Kanak Terperangkap Dalam Tandas Buat Netizen Terhibur

Siapa yang pernah terperangkap dalam bilik kecil terutama tandas? Pasti ramai yang yang pernah mengalami nyakan. Tambah-tambah bila kita cuma berseorangan. Pastinya satu pengalaman yang tidak diingini oleh semua orang.

Okla, min nak kongsikan satu video yang tengah berlegar-legar di laman twitter. Video yang dikongsikan oleh pengguna yang bernama Brezzy memperlihatkan satu situasi di mana seorang kanak-kanak terperangkap di dalam toilet.

Di awal  video itu, keadaan nampak agak merisaukan tetapi betukar menjadi lucu dipenghujungnya.

Korang tengoklah sendiri. Video ada di bawahni. Hehe..

Apa yang menarik dalam video berkenaan ialah dialog yang diucap oleh kanak-kanak berkenaan di hujung rakaman.  Min sendiri pun tergelak.

“Ayah, tak boleh bukak siol” – hahaha

Rata-rata warganet terhibur dengan telatah adik tersebut. Ada juga yang mengatakan mungkin ayah kepada kanak-kanak berkenaan cuma nak prank anaknya. Apa-apapun adikni memang cute.

bapak dia terkejut siap ulang cakap balik

Sumpah comel

Bapaknya pun “tak boleh bukak siol”

Ayah dia prank dia ke ahhaahahahah

Namun tidak diketahui apakah nasib kanak-kanak berkenaan diakhir video tersebut. Tapi min salute la kat adik ni sebab dia tak nangis. Harap kau dapatlah keluar yer dik.

Kredit: tweet Brezzy

 

Share

 

(Visited 748 times, 1 visits today)