“Saya Dah Warning Dia Tapi Dia Tak Dengar” Lelaki Ini Terus Menyembur Alat Pemadam Api Kepada Perokok Degil

BANDAR SALT LAKE, Utah – Seorang ahli perniagaan Utah bertindak menyembur wajah seorang lelaki dengan pemadam api kerana mangsa dikatakan enggan berhenti merokok berhampiran restorannya di sini baru-baru ini.

Lelaki yang terkena semburan itu, Jon Bird berkongsi pertembungannya dengan Alex Jamison iaitu seorang ahli perniagaan di Pusat Gallivan di sini. Rakaman itu menjadi tular di Facebook.

Satu rakaman video menunjukkan Jamison bertengkar dengan Bird dan seorang lelaki lain manakala insiden itu dirakam seorang wanita lain di situ.

RAKAMAN video menunjukkan Jamison (kiri) menyembur muka Bird menggunakan alat pemadam api di Pusat Gallivan di Salt Lake City baru-baru ini.

“Adakah kamu mahu menyemburnya dengan pemadam api itu?” soal wanita yang merakamkan video berkenaan.

Jamison membalas: “Saya akan memadamkan rokok itu. Kamu tidak boleh merokok di sini.”

Bird dilihat terus meletakkan puntung rokok pada bibir dan merokok dengan Jamison berdiri di hadapannya sambil memegang pemadam api.

BIRD terpaksa menundukkan mukanya sejurus disembur alat pemadam api itu.

Jamison bertindak membuat semburan pemadam api tepat pada wajah Bird sebelum berundur.

Bird pada Sabtu lalu melantik seorang peguam kerana percaya Jamison telah menyerangnya. 
– Agensi

Artikel Berkaitan   “Dia Derhaka Dengan Saya, Buat Tak Senonoh Dengan Lelaki Lain, Kenakan Ilmu Sihir Kepada Saya, Ustaz Mau Saya Maafkan Dia?”