Kemelut rumah tangga pelakon, Lufya Omar dengan suaminyq, Dr. Che Muhammad Hafiz terus berpanjangan apabila wanita itu seakan-akan memberi bayangan pernah dipukul suami ketika hamil.
Melalui Instagram, Lufya berkongsi perbualan dengan seorang wanita yang turut mengalami nasib sama.
Dalam perbualan, bekas pelajar Akademi Fantasia musim 6 itu sepertinya berkongsi foto kecederaan akibat dipukul suami.
“Okay. Simpan dan sorok. Jangan sampai suami Lufya tahu,” balas wanita tersebut terhadap Lufya.
Dalam pada itu, terdapat wanita lain turut berkongsi masalah yang sama. Menguatkan persoalan, kenyataan Lufya seperti mengiyakan bahawa dirinya pernah dipukul suami ketika hamil.
“Saya tengah preggy (hamil) pun pernah kena tumbuk, sepak, terajang. Depan famili dia pijak sembut tak mati,” tulis seorang wanita dalam ruangan komen.
Lufya membalas: “Sama! Patut kita belajar tomoi sebelum kahwin. Jangan sedih ya. Takpelah, tunggu balasan lagi hebat dari Yang Maha Hebat.”
Kata Lufya, dia menerimq banyak aduan serta foto kecederaan daripada wanita-wanita yang menjadi mangsa pukul suami.
“Bertahanlah macam mana penyakit baran ini makan tahun sayang nak berubah. Itupun kalau berubah! Tapi kita dah lunyai.
“Belakang hari mereka ini akan ‘play victim’ (berlakon jadi mangsa) pada keluarga dan masyarakat. Apalagi yang ada raut wajah acah-acah lembut suci,” tulis Lufya.
Terdahulu, kemelut rumah tangga Lufya dan suami menjadi bualan ramai apabila pelakon itu memuat naik status mendakwa suaminya tidak menjalankan tanggungjawab selepas tiga bulan berkahwin.
Lebih mengeruhkan keadaan, Che Hafiz, 29, kemudian membuat pengakuan sudah melafazkan talak kepada Lufya menerusi satu pesanan WhatsApp sebagai memenuni permintaan wanita itu.
Lufya dan Che Hafiz berkahwin pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Laana Haura yang kini berusia dua tahun. – K! ONLINE