“Sebelum Saya Menutup Mata, Saya Nak Lihat Suami Saya Boleh Berjalan..” Hampir 30 Tahun Hidup Dengan Suami Lumpur, Kesetiaan Isteri Tiada Nilai Bandingan

Umum sedia maklum bahawa pendakwah tersohor negara, Ustaz Ebit Lew adalah seorang yang amat dekat dengan audiens apabila berceramah.


Kerap melakukan ceramah berkaitan hubungan kekeluargaan, Ebit Lew juga sempat meminta mana-mana peserta program dakwahnya bercerita serba sedikit mengenai keluarga masing-masing bagi berkongsi pengajaran kepada mereka.

Menerusi satu video yang telah dimuat naik ke Facebook, seorang wanita telah menceritakan pengalamannya yang menjaga serta merawat suami tercinta selama hampir 32 tahun.

Allah uji sebab Allah sayang

Sebak sayu 32 tahun seorang isteri menjaga suami lumpuh kerana kemalangan. Berdoa 32 tahun supaya suami sihat sembuh. Ya Allah kuatnya kerana iman dan reda Allah menanti syurga.Kuatnya kakak ni. Semoga Allah beri kekuatan dan kasihatan pada keduanya.Masa tu sebak rasa bila panggil suami. Suami terima kasih pada isteri dan ucap rasa cinta. Semoga Allah rahmati kedua abang dan kakak ini.Pohon doakan saya semoga dapat berjumpa seramai mungkin anak remaja dalam #ProkidsTour sehari akan dijalankan di 12 lokasi seluruh Malaysia mulai minggu depan di Kedah dan Perlis dan lokasi seterusnya hingga April nanti. 9-17tahun. Daftar di : Online : https://transformjiwa.com/prokids-tourWhatsApp : wasap.my/60173666848/Prokids

Posted by Ebit Lew on Selasa, 18 Februari 2020

Wanita itu menceritakan bahawa suaminya telah mengalami kemalangan sekitar tahun 1988 dan mengalami lvmpuh. Namun, selepas hampir puluhan tahun, dia kembali mendapatkan semula kudrat untuk berjalan sebelum diuji sekali lagi apabila mengalami kemalangan sekitar 4 tahun lalu.

Akibatnya, dia terpaksa menggunakan semula kerusi roda kerana terus disahkan lvmpuh kerana mengalami kecederaan di bahagian kecederaan lama.

Namun, kegigihan seorang isteri menjaga suami disamping perlu menguruskan anak-anak harus disanjung berikutan ketabahannya menjadi tulang belakang keluarga.

Tambah suami kepada wanita itu pula, dia amat menghargai kesetiaan isteri yang berkorban banyak perkara kerana ketika kemalangan mereka baru sahaja berumah tangga.

Diakhir perkongsian itu, mereka saling berpelukkan dan membuatkan seluruh dewan menitiskan air mata kerana kagum dengan ketabahan seorang isteri dalam menerima ujian sehebat itu.

Sehubungan dengan itu, menerusi perkongsian yang dibuat oleh pendakwah terkenal itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan Facebook sumber dengan menzahirkan rasa kagum dengan wanita itu dalam berumah tangga.

Gigih menjaga dan merawat suami yang lvmpuh membuatkan masing-masing sebak apabila dia mendengar cerita pengorbanan selama 32 tahun dalam alam rumah tangga.

Sumber : Ebit lewOMM