Suami Isteri Dikecam Hebat Warganet Gara-Gara Memaksa Anak Kecil Mereka Makan Dalam Kuantiti Yang Banyak.

Beijing: Sepasang suami isteri di China menerima kecaman hebat warganet kerana didakwa memaksa anak perempuan mereka yang berumur tiga tahun makan dalam kuantiti amat banyak.

Malah, dia menyiarkan video itu secara langsung menerusi satu platform penstriman.

The Sun melaporkan menerusi video yang tular, budak perempuan bernama Pei Qi itu kelihatan disuap dengan ayam goreng, burger dan makanan lain-lain.

Warganet menyifatkan perbuatan suami isteri itu keterlaluan kerana bukan hanya menggalakkan pengambilan makanan tidak sihat tetapi seolah-olah satu penderaan untuk kanak-kanak bawah umur.

Namun, ibu bapa kanak-kanak itu menafikan tuduhan berkenaan, sebaliknya mendakwa anak mereka mempunyai selera makan yang luar biasa.

Selain itu, mereka mendakwa hanya memberi makanan yang menyihatkan untuk kanak-kanak itu.

“Video itu tidak hanya memaparkan keletahnya menikmati makanan tetapi aksi menari dan usahanya menurunkan berat badan.

“Lagipun, dia anak saya… jadi saya perlu memberinya makan sebanyak itu kerana dia memang sudah besar.

“Tiada sebab untuk saya dan suami mengambil kesempatan kerana kami ada pekerjaan serta tiada masalah kewangan.

“Namun, kami hanya merakam video menunjukkan dia membesar,” katanya.

Memang ada keuntungan daripadanya tetapi ia mungkin hanya ratusan yuan sahaja,” kata ibu Pei Qi dikenali sebagai Tan.

Menurut Tan, Pei Qi dilahirkan dengan berat 4.5 kilogram (kg) tetapi berat badannya mudah naik dan mendedahkan anaknya lebih cenderung makan serta tidak aktif.

Media tempatan melaporkan, Pei QI kini mempunyai berat 35 kg iaitu lebih daripada kanak-kanak seusianya berpunca daripada tabiat makannya.

Sementara itu, platform video China, ixigua.com memaklumkan pihaknya menutup akaun Pei Qi selepas menerima banyak aduan daripada penonton.

Artikel Berkaitan   “Tetiba Aku Terdiam Tak Terkata, Jauh Berjalan, Lama Tunggu, Rm4.10 Je Dapat” Kisah Personal Shopper Yang Perlu Orang Tahu

Rata-ratanya mengemukakan aduan kerana menganggap perbuatan ibu bapanya adalah satu penderaan.