SERINGKALI diasak persoalan tentang jodoh, penyanyi Sufian Suhaimi tidak melatah sebaliknya lebih terbuka apabila ditanya tentang perancangannya untuk menamatkan zaman bujang.
Akui Sufian, 29, dia juga berkeinginan untuk mempunyai pasangan hidup apabila melihat rakan-rakan memilih menamatkan zaman bujang dalam era pand3mik.
Namun menurutnya, dia tidak terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga sehingga bertemu dengan pasangan yang sesuai dan mempunyai keserasian bersama.
“Saya gembira lihat rakan-rakan saya yang menamatkan zaman bujang, meneruskan fasa seterusnya dalam kehidupan. Ini rezeki mereka.
“Dalam hidup ni kita nak apa lagi kan? Memang fitrah hidup kita ingin berpasangan, of course ada rasa tu tapi tak ada la sampai terburu-buru nak kahwin secepat mungkin,” katanya kepada mStar.
Sufian Suhaimi tidak terburu-buru untuk berkahwin sebaliknya mencari keserasian bersama terlebih dahulu.
Sufian ditemui di majlis resepsi penyanyi Haqiem Rusli dan Anis Sofea yang diadakan di Skyglass, Cyberjaya pada Jumaat malam.
Ketika ditanya antara ciri-ciri wanita idaman dan keinginan untuk berkahwin dalam kalangan artis, dia memberitahu tidak memilih dan tidak kisah berkenalan dengan wanita yang bukan dalam kalangan selebriti.
Tambahnya dia lebih bersifat terbuka dan tidak merahsiakan sekiranya sedang menjalinkan hubungan dengan seseorang.
Saya bukan jenis nak rahsiakan kalau saya ada berkawan dengan someone special
SUFIAN SUHAIMI
PENYANYI
“Saya nak je dengan orang biasa, saya tak kisah artis ke tak artis kalau sesuai dan serasi kita jalan je.
“Saya bukan jenis nak rahsiakan kalau saya ada berkawan dengan someone special tapi saya tak ada lah nak berkongsi semua pasal peribadi dan perancangan bersama dia. Not sharing too much.
“Saya nak apabila bersama dengan someone tu ada rasa bahagia, tak terbeban, rasa saling mencukupi. Daripada segi fizikal sedap mata memandang.
Sufian tumpang gembira dan mendoakan kebahagiaan buat rakannya Haqiem Rusli.
Menurut Sufian, dia telah melewati fasa ‘pulih’ dan bersedia untuk berkahwin sekiranya ada rezeki dan pasangan yang tepat.
“Ini bukan tempoh pulih dah, sekarang dah warmup dah.
“Ready anytime to go, ada jodoh ada restu ibu bapa ada keserasian InsyaAllah jalan,” ujarnya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber :mStar