Umum sedia tahu bahawa pelakon dan penyanyi, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana binti Emrizal sudah 10 tahun menghidapi kanser limfoma.
Dia juga tidak lokek berkongsi perkembangan kesihatannya yang kini sedang giat melakukan rawatan kimoterapi bagi mematikan sel-sel kanser dari terus merebak.
Ralat dengan sesetengah pihak
Namun, sebagai manusia biasa dia akui sedikit ralat apabila ada sesetengah pihak yang seakan tidak faham dengan apa yang dilalui terutamanya usaha yang dilakukan untuk berubat.
Dalam luahan penyanyi itu menerusi Instagram peribadinya, Elyana menzahirkan rasa kesal apabila ada netizen yang sesuka hati menghakimi setiap apa yang sedang dilakukan.
Penat dah nak terangkan
Menurutnya, jika berniat untuk membantu, cubalah memahami kondisinya dan bukan memberikan komen ataupun mengkritik segala perkongsiannya.
“…Jika kamu jadi saya,baru kamu akan faham keadaan ini.Tak ada gunanya jika saya explain selagi kamu tidak merasai nya sendiri. Beza kalau kita ni pernah jaga/kenal orang yang sakit dengan kita sendiri yang mengalami dan berperang dengan sakit. Beza….”
“Jika anda ingin membantu,belajar lah memahami.. Bukan menghakimi dalam comment dan complain. Rosak jiwa saya.Saya dah buat sebaik mungkin yang saya mampu untuk 10 tahun ni,” tulisnya.
“Kamu tak akan memahami selagi kamu tak rasa…”
Dia juga menjelaskan pernah mengalami pelbagai kesakitan kesan daripada rawatan yang dialami dan pastinya orang yang tidak berada ditempat tersebut sama sekali tidak memahami. Jadi, dia berharap agar mereka tidak sesuka hati mengeluarkan pendapat berkenaan pesakit kanser sepertinya.
“Tak campur lagi struggle saya yang tak ada selera nak makan..mulut penuh ulser,demam tak menentu,saraf seluruh badan sakit,susah berjalan, tak boleh minum air even telan air liur pun sakit…muntah..ketakutan..seluruh badan rosak.. susah bercakap…tumpah darah bertahun2.. nak duduk berdiri sakit..nak jaga keluarga, nak cari duit..berfikir..tak boleh tidur.. nak selalu tersenyum depan anda.. Berat…terlalu berat,”
“Kamu tak akan dapat memahami selagi kamu tidak pernah merasai nya sendiri,” ujarnya lagi.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ruangan komen Instagram penyanyi lagu Kalis Rindu itu telah dipenuhi dengan kata-kata semangat daripada orang terdekat dan juga para peminatnya.
Rata-rata mereka meminta agar Elyana untuk tidak menghiraukan segala omongan negatif netizen dan berharap agar penyanyi itu terus kuat serta tabah dalam perjuangannya melawan kanser.
Sumber: Instagram @elyanaofficial1