‘Teknik’ Buat Kek Butter Kampung Jadi Lebih Sedap

Kek Butter Kampung sememangnya sudah menjadi kegemaran ramai tidak kira usia kerana rasanya yang sedap dan lembut. Makan banyak pun tetap tak muak. Selain rasanya yang sedap, bahan-bahan dan cara penyediaannya juga sangat mudah dah tidak renyah.


Namun begitu, anda tetap perlu menggunakan teknik yang betul dalam membuatnya supaya rasa kek butter legend ini menjadi lebih enak!

Kalau ada yang nak cuba buat sendiri di rumah, follow je resipi Kek Butter Kampung berserta teknik penting yang telah dikongsikan oleh Nurain Ain di bawah.

Resipi & Teknik Kek Butter Kampung Yang Sedap

Bahan-bahan:

  • 250g gula halus
  • 250g mentega/butter suhu bilik
  • 5 biji telur A
  • 250g tepung gandum/tepung naik sendiri (ayak)
  • 1 sudu kecil baking powder (ayak)
  • 2 sudu besar susu cair
  • Sedikit esen vanila

Cara-cara (teknik 1):

  1. Pukul gula dan mentega dan esen vanila sampai gebu putih.
  2. Kemudian masukkan telur sebiji2 pukul sebati, masukkan bahan ayak pukul perlahan sebati.
  3. Masukan susu cair dan pukul dengan kelajuan tinggi 10 saat stop.
  4. Guna acuan size 8/9 inci griss dgkn butter/lapik baking paper bakar suhu 170c api atas bawah.

Cara-cara (teknik 2):

  1. Cairkan butter dan ketepikan.
  2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk adunan kecuali Butter/mentega cair.
  3. Tambah 1 sudu besar ovalet.
  4. Pukul bahan dengan kelajuan rendah ke tinggi hingga kembang putih tutup mixer kaup balik adunan dengan butter/mentega cair dan boleh bakar macam biasa.

Selamat mencuba!

Kredit: Nurain Ain