Telur Masin Beli Kat Kedai Mahal, Ini Cara Buat Telur Masin Homemade Guna Telur Ayam Sahaja, Sedap Dan Berlemak

Telur masin homemade rasanya lebih sedap dari yang kita beli atau makan di kedai. Lemaknya pun boleh tahan. Apa yang paling penting ialah harga yang MURAH! Jadi lebih baik buat telur masin sendiri jika anda ingin menjimatkan kos.


Cara membuat telur masin homemade sangat mudah. Anda hanya perlu rendam dengan air garam selama dua minggu sahaja. Anda tidak perlu mencari stok telur itik kerana kita perlu mengugunakan telur ayam sahaja. Lagipun telur itik mahal. Zaman sekarang semuanya kita perlu berjimat.

Harga telur masin di pasaran sangatlah mahal kerana dibuat daripada telur itik.

Harga telur ayam gred B dalam lingkungan RM9.20 manakala garam kasar satu kilogram dalam lingkungan RM 0.80. Jumlah kos keseluruhan untuk membuat telur masin ini hanya RM 10.00 dan anda dapat 30 biji telur masin. Jimat bukan?

CARA MEMBUAT TELUR MASIN HOMEMADE

Bahan-bahan:

10 nos telur ayam
1 kg garam kasar
air secukupnya yang boleh menenggelamkan telur

Bahan-bahan utama hanyalah telur ayam, garam dan air.

Cara Penyediaan:

Masukan garam kasar dan air dalam periuk, masak sehingga garam larut. Pastikan air garam itu sejuk terlebih dahulu.

Panaskan air dan hancurkan garam terlebih dahulu

Setelah air sejuk rendamkan semua telur dan letakkan di tempat gelap. biarkan selama 14 hari.

Setelah air garam sejuk, rendamkan telur dalam bekas dan letak di tempat gelap.

Setelah 14 hari boleh lah tukarkan air rendaman dengan air biasa dan boleh di simpan dalam peti sejuk. Rebus telur yang anda perlukan sahaja untuk dimakan.

Telur boleh disimpan di dalam peti ais setelah proses rendaman selama 14 hari selesai

TIPS

Untuk jadikan telur kuning bertukar menjadi warna oren mudah sahaja. Anda perlu simpan di tempat gelap semasa proses rendaman selama 14 hari itu. Lebih gelap lebih bagus.

Telur masin buatan sendiri (homemade)

Selamat mencuba telur masin homemade ini. Semoga cubaan anda menjadi dan ucap selamat tinggal kepada telur masin yang kat kedai tu.

Apa komen anda? Sila Like dan Share ya. Lawati facebook kami di Suka Viral.

Sumber : Facebook