Sebagai pengguna pengangkutan awam, rasanya setiap individu seharusnya mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi kerana ia turut digunakan oleh orang lain.
Namun, berbeza dengan tindakan seorang pengguna MRT ini apabila dengan sesuka hati membuka botol minuman dan mencurahkan air ke lantai train untuk membasuh tangan.
Langsung tak ada tanggungjawab
Situasi tersebut telah dirakam oleh pengguna yang lain dan dipanjangkan ke pengurusan Rapid KL. Justeru itu, pihak Rapid KL telah memuat naik video berkenaan di Facebook serta menegur perbuatan kurang bertanggungjawab tersebut.
ADVERTISEMENT
Pihak Rapid KL menasihatkan orang ramai yang menggunakan pengangkutan awam tidak meniru perilaku kurang sopan itu dan lebih beretika dalam menjaga keselesaan bersama.
Mentaliti kelas rendah
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan berasa kesal melihat perlakuan sebegitu yang bersifat mementingkan diri sendiri.
Macam tak ada perasaan bersalah
Macam tak ada tamadun punya perangai
Kalau orang terpijak air tu boleh jatuh
Jenis macam ni kalau ditegur marah balik
Sumber: Facebook RapidKL