Tips Nak Bagi Daging Lembut Untuk Buat Rendang, Ikuti 4 Tips Mudah Ni

Kekadang bila kita beli daging kat pasar atau hypermarket ada ketikanya terbeli daging yang liat. Ianya bukan sengaja tapi terr… Satu kesilapan yang tidaklah disengajakan, aduhai.. Anyway, camna nak buat?

Bercakap pasal daging ni pula, kalau korang memang ada bakat chef, korang akan sedar bahawa bahagian tertentu daging lembu adalah berlainan keadaan dan rasanya. Hmm.. ini tips yang che petua dapat masa nonton rancangan masakan kat estro tempohari.

Sehubungan itu kalu ikut cara yang sebenar-benarnya lah kan (ikut rancangan memask tu) cara memotong daging pun kenalah betul tekniknya supaya daging tersebut cepat empuk pabila dimasak. Cara memotong daging yang betul ialah dengan menyerong atau melintang ikut alur-alur daging tersebut. Apabila daging dipotong sedemikian, maka ia lebih cepat empuk bila dimasak.

Selain tu ada beberapa tips lain untuk mengempukkan daging pabila masak gulai daging:

Petua Masak Daging Supaya Cepat Empuk

  1. Bila masak gulai daging, masukkan juga buah keras yg telah ditumbuk lumat ke dalam gulai tu.
  2. Bila masak daging dalam periuk belanga, cuba masukkan sebatang sudu yg diperbuat daripada tembikar.
  3. Sebelum daging tu digulai hendaklah digaul terlebih dahulu dengan tepung dan kicap selama setengah jam. Lepas tuh barulah dimasak macam biasa.
  4. Untuk masak daging supaya lebih empuk cuba cari betik muda yg masih kecil. Buang kulitnya dan bersihkan. Kendian hiris dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam masakan gulai tu.
  5. Tempe juga boleh mengempukkan daging. Ambil sepotong tempe dan masukkan sekali ke dalam gulai yg dimasak.
(Visited 2,194 times, 99 visits today)