Video Asap Kebakaran Di Australia Mengelilingi Dunia Sebelum Kembali Semula Ke Australia

Ekoran daripada kebakaran hutan di Australia, asap daripada kebakaran itu dijangka mengelilingi bumi dan akan kembali semula ke negara itu.

Menurut Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aueronautik Kebangsaan (NASA), pergerakan asap tersebut kini menuju ke Amerika Selatan.

“Menjelang 8 Januari lalu, asap tersebut sudah mengelilingi separuh daripada bumi dan menyebabkan langit berjerebu. Ia dijangka mengelilingi seluruh bumi sebelum kembali semula ke ruang udara Australia,” jelas NASA menerusi laman web mereka.

Video dibawah menunjukkan penyebaran asap daripada kebakaran hutan yang berlaku pada 25 Disember 2019 sehingga 18 Januari 2020. Ia hanya mengambil masa 10 hari untuk asap tersebut kembali ke laut Oceania.

Asap daripada kebakaran hutan di negara berkenaan juga telah menyebabkan pencemaran udara yang teruk di beberapa bahagian di New Zealand, selain menyebabkan salji bertukar warna coklat.

Kebakaran di hutan Australia juga boleh bertambah teruk dengan kewujudan ribut petir kering.

Sumber: Euro News

Artikel Berkaitan   “Bila Sembang Dengan Mak Cik Cleaner Tu, Aku Rasa Nak Jerit Satu Tandas, Aku Pun Hulur RM200, Esoknya Terjadi Sesuatu Luar Biasa, Baru Aku Ingat Mungkin Sebab Mak Cik Tu”