[VIDEO] “Itu Kalau Guru Jenguk Sikit Je, Kantoi Besar Dik” Netizen Terhibur Kanak-Kanak “Fly” Ke Kantin Terimbau Kenangan Masa Sekolah

Semua mesti ingat lagi kan memori nakal masa zaman sekolah dulu? Salah satu kenangan yang paling tak dapat nak lupa mestilah masa ramai-ramai ponteng kelas! Kalau ikut pada yang lejen atau ‘sifu’, ada macam-macam cara lah kalau nak ponteng kelas ni.

Salah satu caranya macam yang dikongsikan di dalam video ini. Dua pelajar ini sanggup merangkak luar kelas untuk lari dari kelas! Tapi kantoi pula bila ada yang merakamkan gelagat mereka ini dari luar sekolah.

Dua orang pelajar ini sanggup merangkak jauh untuk ke kantin nak ‘join’ kawan-kawan yang dah selamat sampai di sana. Yang kelakarnya, gaya si perakam ini memberi komen sambil merakam video.

“Yang belakang tu cepatlah sikit, ya Allah terhegeh-hegehnya lah dia ni. Member dah tunggu tu nak lepak.”

Akhir sekali, kawannya pun dah tak sanggup nak tunggu lama lagi dan terus gerak ke kantin. Ramai rupanya kawan-kawan yang dah selamat ada di sana. Kawan yang tengah merangkak lagi tu pun bukan main lambat lagi nak sampai!

Macam-macam ragam masa dekat sekolah dulu. Kalau teringat balik kenangan masa sekolah dulu, macam-macam benda pernah dibuat. Kalau anda nak tengok kejadian penuh, boleh tonton video di bawah.

Ponteng…

Ponteng… 😂🤣😂🤣😂🤣

Posted by 我们是马来西亚人 We are Malaysians on Wednesday, 13 November 2019

Artikel Berkaitan   "Memang Dah Mereput Dan Tinggal Tengkorak Saja, Jadi Maknanya 'Full Body' Dah Tak Ada Dah, Hanya Tinggal Bahagian Kepala”