Video Memukau Aksi Lelaki Warga Emas Main Ping Pong, Netizen Kagum Gaya Lelaki Ini

Di China, ping pong adalah aktiviti kegilaan ramai dan peminat melayan pemain-pemain yang hebat seperti selebriti. Sukan tersebut terkenal di China kerana ia sesuai dengan ciri fizikal orang Cina yang kebanyakkannya bertubuh kecil.

Kebanyakan pemain ping pong yang hebat di dunia juga berasal dari China. Malah, China telah meraih emas dalam keempat-empat acara ping pong di Olimpik Musim Panas 2016, bermakna mereka memenangi 28 dari 32 pingat emas sejak sukan ini diperkenalkan pada tahun 1988.

Kehebatan orang China dalam sukan ini juga dapat disaksikan dalam sebuah video yang tular di Twitter baru-baru ini sehingga meraih hampir 1.5 juta tontonan.

Dalam video itu dapat dilihat dua orang lelaki China bermain ping pong dengan kaedah dan kemahiran yang berbeza.

Dalam permainan itu, pemain pertama dilihat hanya berdiri pasif dan tidak banyak bergerak dari posisinya, berbeza dengan lawannya yang bergerak dengan lebih aktif.

Walaupun ramai pada mulanya yang kagum dengan kehebatan warga pemain kedua itu kerana menunjukkan ketangkasannya, ternyata ia tidak membantu apabila pergerakkannya tersasar dan bola yang dihantar terlepas.

Ramai yang kagum dengan pemain pertama itu kerana dapat menguasai permainan walaupun tidak banyak bergerak. Namun kedua-dua warga emas itu memberikan gambaran sempurna tentang kehebatan orang China dalam sukan ping pong.

kredit HCL