Wanita Ini Nekad Kurus Selepas Diejek Suaminya, Bila Dah Kurus Suami Tak Nak Pandang Pula, Akhirnya Dia Bercerai

SEOUL – Tidak dinafikan memiliki berat badan ideal dan susuk tubuh menawan adalah impian setiap wanita.


Bagi Park Jee Won, seorang wanita berasal dari Korea Selatan, impian itu telah menjadi kenyataan.

Bagaimanapun ada kisah sedih di sebalik kejayaannya.

Pada tahun 2014, bekas jurulatih kecergasan berkenaan telah melahirkan seorang bayi perempuan.

Susulan kemurungan selepas bersalin, Jee Won turut mengalami kenaikan berat badan mendadak.

Memburukkan lagi keadaan, suaminya langsung tidak memberi semangat malah mengejek penampilan Jee Won dengan berat badan 86 kilogram.

Dalam usaha meraih kembali perhatian suaminya, Jee Won cuba menurunkan berat badan dengan menghentikan pengambilan nasi, melakukan senaman dan mengamalkan diet sihat.

Selepas 10 bulan, Jee Won berjaya menurunkan sebanyak 40 kilogram menjadikan berat badannya kini 46 kilogram.

Malangnya, suami Jee Won masih tidak berubah malah berasa tidak senang melihatnya.

Berasa patah hati dan kecewa, Jee Won akhirnya mengambil keputusan bercerai dan membesarkan sendiri anak perempuannya.

Sejak itu, Jee Won mula berkongsi tips penurunan berat badan, resipi menu sihat serta gambarnya bersama anaknya di media sosial. – Agensi

Jee Won sering berkongsi gambarnya bersama anak perempuannya di media sosial. – Foto Instagram love__lean