2 Janda Bersatu Jual Roti Canai, Pelanggan Datang Berderu-Deru Sampai Tak Cukup Tangan

POKOK SENA: Hasil jualan di Restoran Roti Canai Janda di Kampung Baru Derang, di sini meningkat sekali ganda selepas kisah perniagaan dua beranak yang juga berstatus janda itu disiarkan Utusan Malaysia.

Pemilik restoran itu, Norasiah Abdul Rahman, 47, berkata, jumlah pelanggan mengunjungi restorannya yang menggunakan slogan ‘Nikmatnya Tak Terlupa’ didapati lebih ramai berbanding sebelum ini.

“Kebanyakan mereka adalah pelanggan baharu yang tinggal di sekitar di sekitar Pokok Sena, Kuala Nerang dan Jitra yang melalui kampung ini. Alhamdullilah, kebanyakan mereka ke restoran ini selepas tertarik dengan laporan Utusan Malaysia,” katanya ketika ditemui di sini.

Utusan Malaysia melaporkan Restoran Roti Canai Janda yang diusahakan dua beranak itu menjadi tumpuan pelanggan termasuk dari luar daerah ini sejak tiga tahun lalu.

Norasiah yang berpisah dengan suaminya sejak 2007 dibantu oleh anak sulungnya, Nurul Nadia Ismail, 27, yang juga ibu tunggal selepas ditinggal suaminya awal tahun ini.

Janda yang mempunyai tiga anak itu memberitahu, setiap hari dia menggunakan tepung gandum sebanyak 14 kilogram untuk diuli menjadi roti canai dan habis dijual antara pukul 11 hingga 12 tengah hari.

kredit utusan

Artikel Berkaitan   “Laa Patutlah Barang Tak Sampai” Korang Yang Order Barang Tapi Tak Sampai Rupanya J&T Dah Tak Hantar Kat Lokasi Poskod Ni