Korang Dah Ready Belum? Lori Tanpa Pemandu Akan Mula Berada Atas Jalan Raya Tahun Depan

Seiring dengan kemajuan teknologi masa kini, sebuah syarikat jentera besar menghasilkan lori tanpa pemandu, dikenali sebagai Autonomous Electric Transport (AET).

Lori trak berkenaan adalah rekaan terbaru syarikat Einride dari Sweden, dimana ia akan bergerak secara sendiri dan tidak mempunyai stering mahupun pedal.

Einride mendakwa kenderaan tersebut mampu mengurangkan kos pengangkutan sehingga 60 peratus dan pelepasan gas karbon dioksida juga dikurangkan sebanyak 90 peratus.

Daripada luar, AET kelihatan mirip sebuah bas moden.

Disebabkan ia tidak mempunyai pemandu, AET hanya dikawal dari jauh dan mampu bergerak sehingga kelajuan 80km/j.

Didatangkan dengan empat model berbeza iaitu AET1, AET2, AET3 dan AET4, setiap model mempunyai kegunaan berbeza mengikut lokasi ia digunakan.

Misalnya, AET3 dikhasnya untuk kawasan luar bandar, dan AET4 pula untuk kegunaan atas lebuhraya.

Bakal memulakan perjalanan sekitar tahun hadapan, lori tanpa pemandu ini dijangka akan mendapat tentangan hebat daripada pemandu-pemandu lori sedia ada, khasnya 2.5 juta pemandu di Amerika Syarikat.

kredit era

Artikel Berkaitan   Dah Tak Payah Dah Beli Daun Sup Kat Kedai, Tanam Kat Rumah Sendiri Je Subur Merimbun