Kerap Sendawa Selepas Makan Tak Semestinya Anda Kenyang Tetapi Perut Bagi Signal Anda Ada Gastrik

Pernahkah anda sendawa tetapi ketika itu anda belum lagi menjamah sebarang makanan? Jika YA, ia adalah keadaan bila mana perut melepaskan gas yang membuatkan anda merasa tidak selesa. Lebih teruk, ia mungkin tanda anda menghidap gastrik.

Secara amnya, terdapat dua punca terjadi sendawa iaitu masalah kesihatan dan bukan masalah kesihatan. Sendawa disebabkan masalah kesihatan dikaitkan dengan gejala pedih hulu hati atau ‘gastro-esophageal reflux disease’ (GERD).

GERD adalah penyakit kronik yang berlaku apabila asid dalam perut mengalir semula ke dalam saluran esofagus. Jika dibiarkan, akan berlaku perubahan sel dinding esofagus yang akan menyebabkan penyakit barah, juga dikenali sebagai ‘barrett’s oesophagus’.

Sendawa ketika perut kosong boleh jadi berpunca daripada gastrik, ulser perut, jangkitan bakteria helikobakter pylorii pada perut, yang juga menyebabkan penyakit radang perut.

  • Rawatan:

Pesakit yang mengalami sendawa berterusan akan menjalani ujian darah, ujian ultrabunyi, dan ujian ‘oesophago gastro duodenoscopy’ (OGDS) iaitu pemeriksaan pada bahagian atas salur pemakanan pesakit menggunakan kamera halus.

Jika oesakit mempunyai masalah kesihatan, ubat-ubatan seperti proton pump inhibitor akan diberikan, selain menasihatkan pesakit agar tidak mengambil makanan yang boleh menghasilkan banyak gas dalam perut. Perlu diingatkan, sendawa adalah satu proses normal badan untuk mengeluarkan gas berlebihan. Jika dihalang untuk sendawa, gas akan terkumpul menyebabkan gangguan kepada proses penghadaman.

kredit era

Artikel Berkaitan   “Hari Pertama Aku Nampak Dia Aku Sebak” Lelaki Dedah Perangai Mulia Pelajar Tahfiz Ini Yang Dijangkiti Covid-19 Tapi Banyak Pahalanya