Permaisuri Agong Kongsi Resepi “Ayam Masak Yahudi”, Rata-Rata Netizen Tidak Menyangka Ia Memang Wujud

Buat yang mengikuti akaun Instagram Raja Permaisuri Agong, semestinya akan melihat banyak antara gambar yang dikongsikan berkaitan dengan masakan.


Pada 30 November 2020, baginda telah memuat naik satu perkongsian di Instagram.

Baginda mangatakan bahawa ramai yang bertanya tentang nama Ayam Masak Yahudi, oleh itu perkara tersebut dijawab dengan menulis pada caption:-

“ramai yang menanya ayam masak yahudi ! sebenar nya rencah nya sama dengan masak arab , cuma tidak masukan tomato dan susu cair, di gantikan dengan kicap …. jadi kita semua gelarkan masakan tersebut masak yahudi …. memang nakal!”

Oh, rupanya nama ‘yahudi’ itu digunakan kerana terdapat perubahan penggunaan bahan daripada resepi asal.

Sementara itu, ramai netizen yang meninggalkan komen pada perkongsian tersebut.

kredit hot fm