Gara-Gara Tahan Untuk Bersin, Lelaki Ini Derita Salur Pernafasannya Pecah. Rupanya Ramai Juga Yang Selalu Buat!

Seorang lelaki berusia 34 tahun dari England, secara tak sengaja telah memecahkan salur pernafasannya gara-gara tindakannya yang cuba menahan bersin.


akibat tahan bersin, lelaki 34 tahun ini pecah salur pernafasan

Lelaki yang dikejarkan ke Leceister Royal Infirmary Hospital itu sebelumnya terasa seperti satu letupan kecil pada tekak, disusuli rasa sakit mendalam akibat dari menahan bersin.

Akibatnya, beliau mengalami kesukaran untuk menelan atau bercakap.

Doktor yang merawat lelaki berkenaan menjalankan ujian X-ray dan mendapati tekaknya pecah dan angin telah disedut melepasi rekanan dalam salur pernafasan dan terus ke tisu berhampiran.

akibat tahan bersin, lelaki 34 tahun ini pecah salur pernafasan

Lelaki malang itu kini terpaksa makan dan minum melalui tiub, sementara menunggu tisu yang terjejas itu kembali pulih.

Justeru, anda harus mengelakkan tabiat menahan bersin dengan cara menutup hidung kerana ia sangat merbahaya.

kredit era