
Kisah kehidupan peribadi usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida nampaknya masih belum habis untuk di bahas.
Kali ini, selepas isu tak jadi berkahwin dan bercuti di Langkawi, DSV telah memuat naik satu perkongsian dengan bertanya kepada pengikutnya apa yang harus dilakukan kerana bekas suaminya datang ke Ipoh untuk bertemu dengan anak-anaknya.
Bapa Cik B dan Kacak nak jumpa
Dalam kapsyen tersebut, dia menulis yang bapa kepada Cik B dan Kacak datang untuk bertemu mereka namun anak-anaknya belum bersedia untuk bertemu. Dia meminta pertolongan untuk memikirkan solusi tersebut kerana sudah seharian tidak keluar bilik hanya buntu dengan hal berkenaan.
ADVERTISEMENT
Berhenti libatkan netizen dalam masalah Dato’
Namun, bantuan yang diharapkan daripada netizen nampaknya sekaan tidak dilayan apabila rata-rata mereka menyuruh DSV memikirkan perkara itu sendiri kerana sepatutnya hal peribadi tidak perlu dijaja seperti itu.
Hal rumah tangga tak perlulah nak share
“Time Dato nak jumpa Iqbal tak tanya kami pulak”
“Tu kan ayah diorang bagi jela…”
Netizen nasihat jangan keruhkan keadaan
Sejahat2 pun, dia tetap ayah kepada anak2
Sumber: Instagram datoserivida