Alhamdulillah Setelah 4 Tahun Tak Bertegur, Lan & Rody Kristal Berbaik Lepas Terserempak Di Surau

Jika kita sering mengikuti perkembangan industri seni Tanah Air, pasti mengetahui ‘kisah’ antara Lan Solo dan juga anggota kumpulan lamanya, Kristal iaitu Rody.


Hubungan mereka dikatakan mulai renggang selepas Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan bin Mohamed Yusof menyertai program realiti nyanyian yang didakwa tanpa persetujuan anggota kumpulan yang lain.

Namun, selepas beberapa ketika ‘drama-drama’ berkenaan hubungan mereka yang sudah tidak seakarab dulu, isteri kepada Lan telah memuat naik perkongsian gambar terbaru suaminya dengan gitaris kumpulan Kristal itu.

Muat naik gambar bersama Rody

Isteri Lan iaitu Sheila Hassim meluahkan rasa syukur yang tidak berbelah bahagi dengan apa yang dilihatnya kerana usahanya dan doa bersama beberapa teman lagi untuk menyatukan kembali mereka termakbul.

Dalam pada itu, Lan juga turut memuat naik gambar bersama Rody ketika pertemuan kali pertama selepas 4 tahun tidak bertegur sapa.

Terserempak ketika di surau

Menerusi laporan dari Mstar, Lan telah berkongsi cerita bagaimana mereka bertemu secara tidak sengaja sewaktu masing-masing berkejaran untuk menunaikan solat Maghrib.

“Alhamdulillah…itu kejadian semalam sebenarnya, kami ada program bersama tetapi bukanlah satu stage. Rody jadi house band untuk GV, saya untuk program GV live plus.”
“Masing-masing ke surau kerana nak kejar waktu Maghrib, sebab semua program mereka hold dan sambung semula lepas Maghrib. Saya tak tahu Rody ada di situ, dia pin mungkin tak tahu saya ada.”
“Tiba-tiba ada orang cuit bahu saya waktu nak keluar dari surau, dia (rody) kata eh Lan! Saya balas, eh Rody! Itulah benda pertama yang kami cakap,” katanya.

“Saya rasa gembira dan penuh kesyukuran sebab benda ini berlaku tanpa sebarang perancangan dan ditemukan ditempat yang baik, kami dah lama tak bercakap sejak tahun 2017,”
“Masalah saya dan Rody berlaku sebelum dia berkahwin lagi, jadi bila berjumpa tu sempat bertanya khbar tentang keluarga, mak dan ayah dia sahaja. InshaAllah, kalau tiada aral melintang, kami akan cuba untuk adakan pertemuan yang lebih lama sedikit,”
“Cuma saya harap tiada campur tangan dari pihak luar yang akan mengeruhkan kembali keadaan yang dan sedia keruh sebelum ini,” ujarnya,

 

Untuk makluman, Lan dan Rody pernah berselisih faham sehingga membuatkan Lan meninggalkan Kristal. Dia memulakan langkah sebagai penyanyi solo apabila menyertai Gegarvaganza musim ke-4 dimana dia dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga dalam program realiti tersebut.

Sumber: Instagram sheilarazlanlansolo_officialMstar (Hawa Soleha Salem)