Rider Pelik Tiba2 Duit Tukar Jadi Daun “Silap Saya Sebab Saya Tak Percaya Benda-Benda Tahyul Ni”

Gangguan makhluk halus sememangnya wujud, walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar tapi tentunya ada di sekeliling kita. Jika tidak tentunya tidak akan ada cerita-cerita ada orang yang dirasuk sehingga bertindak diluar kawalan.


Diganggu makhluk mistik, duit bertukar jadi daun.

Hal hampir sama dilalui oleh seorang pengguna Facebook yang berkongsi pengalaman bertemu dengan makhluk halus ketika sedang menghantar makanan di Taman Tasek Ipoh sekitar 1.30 pagi.

Menurut penulis berkenaan, dia sememangnya tidak percaya akan perkara-perkara tahyul ini namun selepas kejadian ini bagaikan satu pengajaran buat dirinya.

“Saje nak berkongsi pengalaman saya masa PKP 2.0, saya buat delivery food (part time) silap saya sebab saya tak percaya benda-benda tahyul ni. Tapi selepas kena terus Jadi pengajaran pada saya. Duit tukar jadi daun,” tulisnya.

Katanya, ketika menghantar makanan yang dipesan dia tidak dapat melihat wajah individu tersebut dengan jelas malah bau yang tidak enak membuatnya tidak sedap hati.

“Masa hantar tu tak nampak muka sangat tapi lepas ada bau yang sangat busuk, saya dah tak sedap hati. Saya terus gerak pandang side mirror motor tengok perempuan tu hil4ng sekelip mata. Perjalanan saya nak keluar dari kawasan tu diikuti suara anjing-anjing yang menyalak kiri kanan depan belakang. Sampailah saya keluar dari taman tu,” ujarnya.

Lepas kejadian tersebut, dia telah dem4m malah lebih pelik lagi apabila rekod panggilan keluar dan masuk juga telah hil4ng membuatnya terpaksa mendapatkan rawatan Islam.

Dalam pada itu, dia juga berkongsi ciri-ciri wanita tersebut agar orang ramai kenal untuk langkah berjaga-jaga.

“Nama Perempuan tu Haslinda, suara serau basah, dan bau pada perempuan tu sangat busuk (b4ngk4i),” kongsinya.

SUMBER:FB(Abdul Rahman Muhamad) Via Redaksi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : theupdatenews24

Sumber : http://limauasamboi.pw/