Ketibaan selebriti media sosial dan pelakon, Norreen Iman ke London, United Kingdom disambut dengan ins1den yang tidak diingini apabila wanita itu dengan secara tidak sengaja menjamah sandwich yang mengandungi ‘pork belly’ atau perut b.abi.
Menerusi hantaran-hantaran yang dikongsikan menerusi Instagram Story, Norreen memberitahu yang dia membeli sandwich berkenaan kerana tidak tahu kandungan sandwich berkenaan ada unsur tidak halal.
“Aku beli ni nampak kat situ tvlis ham ke apa. Hari pertama saya berada di UK saya termakan b.abi. Pengajarannya sebelum makan kita tanya orang dulu dan baca di belakang,” katanya.
Kelihatan turut sama mengikuti Norreen ke London pelakon Janna Nick dan penyanyi Andi Bernadee.
Dalam pada itu, Norreen turut meny.elar beberapa individu yang bertanya di ruangan DM di Instagram bagaimana rasa apabila termakan d4g!ng haiwan tersebut.
“Semalam termakan b.abi. Hari ni aku rasa macam nak samak lidah aku berkali-kali tahu tak. Malam tadi dah berus gigi beriya, hari ni kena buat benda yang sama ni. Korang boleh lagi tanya, macam eh rasa ba.bi tu sedap tak? Hello, aku bukannya nak makan sangat pun babi tu. Aku rasa macam s.akit hati.
“Duk semua DM, tapikan alang-alang dah termakan tu nak tahu jugak sedap tak rasa dia. Aku s.epak muka kau nanti sampai muka kau jadi b.abi tau.
“Boleh pulak semalam tersangkut-sangkut kat gigi aku. Aku macam nak jumpa doktor gigi terus bersihkan gigi aku yang penuh dengan BLT, b.abi lemak tepi. Inilah caranya mungkin nak samak sekiranya kau termakan b.abi di London,” katanya.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikutnya menasihati Norreen supaya lebih berhati-hati dalam memilih makanan yang halal ketika berada di sana.
Ada juga yang memberi cadangan supaya membeli makanan di kedai arab.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Gempak
Sumber : theupdatenews24