“Kami Tiada Masa Bergambar” -Tak henti membantu, anggota bomba ralat terus dihentam

Banjir yang melanda di beberapa buah negeri ketika ini sememangnya membuatkan banyak pihak bertungkus-lumus memberikan bantuan.

Walaupun pihak badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam dilihat lebih ‘memonopoli’ dalam memberi bantuan disebabkan pengaruh media sosial, tindakan anggota penyelamat juga perlu diberi pujian.

Tiada masa ambil video, tangkap gambar

Bukan apa, sejak beberapa hari kebelakangan ini, usaha mereka dilihat seperti tidak dihargai oleh sesetengah pihak dan ada yang sanggup menghentam dengan menyatakan mereka tidak membuat kerja.

Terkesan dengan tohmahan yang tidak berasas seperti itu, seorang anggota Bomba yang berkhidmat dalam memberikan bantuan semasa banjir telah menulis panjang lebar di ruangan Facebooknya.

Sedih bila ada yang suka2 fitnah & kecam

Dalam posting yang dibuat Marl Akmal, dia telah menjelaskan serba sedikit sistem pasukan bomba dan penyelamat bertugas kerana ada yang tidak faham dengan cara mereka bekerja.

Di kesempatan itu, dia juga menzahirkan rasa ralat dengan  dengan segala cacian yang dilemparkan kepada pasukan penyelamat kerana mereka sudah sedaya upaya melakukan terbaik untuk membantu orang ramai walaupun perlu membahayakan nyawa sendiri.

Kena selalu standby walaupun dah habis shift

Kembali menyentuh perihal waktu kerja anggota Bomba, Marl Akmal memaklumkan yang setiap anggota perlu bekerja 12 jam sehari mengikut shift, namun perlu sentiasa bersedia andai ada panggilan kecemasan walaupun ketika itu sedang bersama keluarga.

Jadi, diakhir penulisan yang panjang lebar tersebut, dia berharap agar semua pihak memahami tugas yang mereka kerjakan kerana mereka juga merupakan manusia yang mempunyai keluarga, perasaan dan batas kemampuan dalam melakukan sesuatu hal.

Semua pihak kena ada rasa empati

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet yang membaca nukilan Marl Akmal telah meninggalkan komen dengan memberikan kata-kata semangat kepadanya serta seluruh pasukan penyelamat.

Artikel Berkaitan   “Hebat Hari Ke8 Dah Pakai Kasut Tumit Tinggi.” Baru Seminggu Pantang Bersalin, Ramai Puji Wawa Zainal

Mereka juga sedia maklum akan kondisi yang dihadapi oleh anggota bomba dan berharap agar orang ramai turut faham serta tidak sewenang-wenangnya melemparkan tohmahan kepada pasukan penyelamat.

Jangan kecam2 kita tak tahu tugas orang lain

Bomba pun manusia biasa juga

 

Mungkin ada rumah anggota sendiri yang dinaiki air

Sumber: Facebook Marl Akmal, kredit foto FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia