Keprihatinan rakyat Malaysia dalam membantu mangsa-mangsa banjir ketika ini harus diberikan kredit kerana saling bersatu hati tanpa mengira sebarang perbezaan.
Ada yang bertungkus-lumus menyediakan keperluan harian, membawa bot dan kayak persendirian untuk operasi menyelamat dan ada juga yang bergotong-royong menyiapkan makanan untuk diagihkan ke pusat pemindahan.
Bergotong-royong masak makanan
Hal ini samalah seperti yang dilakukan oleh sebuah keluarga apabila gigih memasak untuk menyiapkan makanan supaya dapat diberikan kepada mereka yang terjejas akibat banjir.
Menerusi perkongsian yang dibuat oleh @ranjita.rana di aplikasi TikTok, dia dan keluarga besarnya telah bergotong-royong menyiapkan makanan di rumah sebelum menghantarnya dari rumah ke rumah.
@ranjita.ranaFood donation #fypdongggggggg #foryoupage #fyviral #fypシ゚viral #srimudashahalam #banjir2021 #flood
Masing-masing mempunyai tugas sendiri, dari memasak nasi, menumis lauk dan menyiapkan setiap bungkusan. Seusai daripada itu, mereka telah bergerak menggunakan truk pick-up dan mengagihkannya kepada mangsa-mangsa banjir.
Sebak lihat video ni
Perkongsian tersebut telah membuatkan warganet berasa sebak dengan kesungguhan yang dilakukan oleh keluarga pengguna Tiktok itu.
Mereka juga mengakui sangat menghargai kebaikkan setiap rakyat Malaysia ketika masing-masing ditimpa musibah tanpa membezakan warna kulit, agama dan bangsa.
Terbaik & terima kasih!
Seronok tengok orang Malaysia macam ni
Semoga Tuhan terus memberkati kalian
Kita semua rakyat Malaysia
Menangis tengok kita semua bersatu
Sumber: TikTok @ranjita.rana