Allahuakbar! Anak Sedang Nazak, Bapa Ini Tidak Henti-Henti Ajar Sebut Nama Allah

Perang saudara yang bagaikan tiada penghujung di Syria telah menyebabkan ratusan ribu rakyatnya terkorban manakala selebihnya menjadi pelarian di negara-negara berhampiran.


Baru-baru ini, seorang pemuda Acheh, M Rizki Fauzi yang menjadi sukarelawan di sana telah memuat naik video detik-detik cemas seorang bapa cuba menyelamatkan anak perempuannya yang cedera parah selepas kediaman mereka dibom oleh rejim Bashar Al-Assad.

Bagaimanapun, apa yang terpapar dalam video tersebut sangat menyentuh hati.

Bapa kanak-kanak itu tidak putus-putus mengajar anaknya yang berada dalam keadaan nazak menyebut nama Allah.

Setakat ini, belum dapat dipastikan keadaan kanak-kanak itu sekarang sama ada hidup atau mati. Mudah-mudahan Allah dua beranak itu dari segala malapetaka.