Cara Saya Mengompos. Cara Mudah, Cara Letak Dan Tinggal…

Cara saya mengompos. Cara mudah, cara letak dan tinggal.


Bekas kompos saya buat cara mudah. Meshwire sepanjang lebihkurang 1 setengah meter saya ikat supaya jadi bentuk silinder, letak saja di atas tanah.

Bila tiba masa rumput dipotong, rumput yg dah dipotong tu dimasukkan juga bersama daun-daun kering kedalam meshwire atau mana-mana bekas kompos yang sesuai. Hasil buangan kebun, contohnya daun, ranting kecil, dedaun hasil dari cantasan ranting, boleh juga dimasukkan.

Sisa sayuran, kulit buah buahan saya tambah setiap hari ke dalam bekas kompos ini.

Bahan lain yang boleh dimasukkan ke dalam bekas kompos ini termasuklah nasi basi, sisa makanan tertamanya sayur basi yang telah dibasuh (untuk membuang minyak sekiranya ada).

Elakkan dari memasukkan sisa tenusu, lemak, minyak dan perut ikan kedalam kompos jenis ini.

Bahan organik dibiarkan reput dengan bantuan mikrob, fungus, serangga dan ulat bsf.

Jika rajin, boleh masukkan tinja haiwan, atau EM, atau yakult, atau gula merah dan siram air bila kompos terlalu kering, untuk mempercepatkan proses pereputan. Jika rajin, boleh juga balik-balikkan kompos ini.

Jika tidak rajin, biar sajalah. Kompos akan siap juga dalam masa 5 ke 6 bulan seperti di dalam gambar.

Bagi tuan puan yang ada kemudahan sisa tanaman dan rumput sebegini, mengomposlah. Jangan dibakar rumput kering anda. RUGI !!!

#komposcaramudah

Kredit: Salina Shamsudin