Ditanya Kenapa Setiap Hari Bawa Bekal Ke Kubur Isteri, Jawapan Lelaki Ini Buat Ramai SEBAK..

Selalu kita melihat kisah sweet dipaparkan di media, kisah artis itu ini lakukan sesuatu yang diimpikan oleh wanita kepada pasangannya.


Namun, ianya hanyalah sweet di dunia semata-mata, tetapi apa yang diceritkana oleh Imam Masjid Seksyen 13, Shah Alam, Ustaz Muaawidz Al -Ansor Dzulkefly sungguh membuktikan cinta sejati itu wujud dan berkali-kali sweet berbanding yang ada di dunia ini.

Jom kita baca.

Jika anda bertanya apa itu Cinta Sejati love tilljannah, saya ingin kongsikan sebuah kisah benar yang saya alami sendiri. Kisah benar ini bukanlah kisah saya, tetapi kisah cinta seorang suami di dalam gambar ini.

Sebaik sahaja kami selesai menguruskan jenazah ahli kariah seksyen 13 di tanah perkuburan seksyen 21 shah alam, saya segera mendapatkan pusara nenek untuk diziarahi.

Sedang mencari-cari pusara nenek, seorang abang yang kacak (masya Allah) menghampiri saya lalu menyapa “Assalamualaikum …Cari kubur siapa tu ustaz? Deretan ni kebanyakannya yang meninggal bulan mei & april 2015.”

Mendengar kata-kata itu tadi saya agak kagum dengan lelaki tersebut. Lagak pakaiannya tidak langsung menunjukkan dia bekerja di tanah perkuburan ini. Tidak sempat saya bertanya, lelaki ini mula membuka kisahnya.

Tiap-tiap hari pergi kubur

Abang kacak : “Heh..ustaz tak perlu pelik, saya ke tanah perkuburan ni hampir tiap-tiap hari, dulu KAMI tinggal di Shah Alam, tapi sebab anak dah masuk sekolah kat KL, SAYA decide pindah ke KL jugak lah untuk dekat dengan satu-satunya anak saya ni.”

Saya : “Owh ye ke. Kalau dah tinggal dekat KL, macam mane pulak abang boleh datang sini hampir tiap-tiap hari”? Dekat kubur ni ada waris ke yang dikebumikan di sini”?

Abang kacak : “Kebetulan memang saya bekerja dekat seksyen 21 ni je..so setakat menyinggah memang tak de masalah” (sengih).

“Erm..alang2 ustaz dah tanya..saya cite sikit ye..itu pun kalau ust ada maselah”

Saya : (angguk2x)