ALOR SETAR – Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menyarankan golongan petani di Pulau Langkawi untuk memanfaatkan tanah yang ada di pulau peranginan itu dengan mengusahakan tanaman kelapa pandan yang dilihat mampu memberi pulangan besar kepada mereka.
Pengerusi LPP Datuk Mazlan Aliman berkata penanaman kelapa pandan di Langkawi bertepatan berikutan terdapat permintaan yang tinggi terhadap buah kelapa muda terutamanya dalam sektor pelancongan di pulau itu.
“Apa juga yang dijual di Langkawi atau kawasan tumpuan pelancong seperti Pulau Tioman, Pahang atau Pulau Pangkor, Perak pasti laku. Contohnya, kelapa muda dijual dengan harga RM8 sebiji di Langkawi tetapi pelancong tidak kisah untuk membayar harga tersebut.
(Sedang mencari bibit kelapa pandan & mataq ori? hubungi saya melalui whatsapp 0143016212 – penghantaran seluruh
Kadang-kadang sampai tidak cukup bekalan jadi bila petani dan peladang tanam kelapa pandan, ia dapat membantu meningkatkan pengeluaran buah kelapa selain dapat mengurangkan kebergantungan untuk mendapatkan bekalan selain meningkatkan sumber pendapatan mereka,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Terdahulu, Mazlan menghadiri Majlis Ramah Mesra Kepimpinan Peladang dan Anggota Peladang Negeri Kedah sempena lawatan kerja selama dua harinya di negeri ini yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan melihat perjalanan LPP negeri.
Mazlan berkata LPP juga telah memilih untuk memberi keutamaan kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Langkawi dalam usaha untuk mentransformasikan pulau tersebut sebagai destinasi agro pelancongan.
“Kita mahu tingkatkan nilai tambah pada kawasan pelancongan seperti Langkawi, Pulau Tioman dan Pulau Pangkor kerana agro pelancongan ini mampu menjadi penyumbang utama dan terbesar dalam sektor pertanian,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Mazlan berkata pihaknya mengambil maklum mengenai keselamatan makanan negara yang terancam dengan lambakan serius racun makhluk perosak tidak berdaftar di pasaran tempatan.
“Kita akan ambil tindakan yang sewajarnya antaranya memastikan makanan yang menggunakan racun perosak ini tidak dibenarkan memasuki pasaran. Saya juga berharap Kementerian Pertanian dan Industri Tani dapat memperkasakan penguatkuasaan untuk memastikan perkara tersebut dapat dibendung,” katanya.
Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Pertanian, Datuk Jamal Harizan Yang Razali dalam satu sidang media memaklumkan bahawa masalah berkaitan racun perosak itu lebih serius membabitkan negeri-negeri bersempadanan dengan negara jiran seperti Perak, Kedah, Perlis dan Kelantan. – Bernama