NASA Dalam Perancangan Membina Pusat Latihan Dan Stesen Minyak Di Bulan

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika atau singkatannya NASA kini sedang dalam perancangan membina sebuah pusat hentian di bulan khusus untuk angkasawan.

Pusat hentian dan rehat itu juga dilaporkan akan dilengkapi dengan stesen minyak, bagi menyokong misi ekspedisi ke Marikh dan angkasa lepas mulai 2024.

Ini adalah antara misi awal NASA selain mendapatkan angkasawan dari kalangan wanita dan juga mereka yang akan menjelajahi bulan dalam masa empat tahun mendatang.

Saintis, Dr Jacob Bleacher berkata, cadangan pembinaan stesen di bulan itu adalah sama seperti pembinaan stesen minyak dijalan raya, dimana orang ramai boleh berhenti berehat seketika, sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju.

Kawasan rehat di bulan ini juga akan dikenali dengan nama The Gateway, dimana ia dijangka akan mengelilingi bulan dalam orbitnya sendiri.

Tambah lagi, mereka menjangkakan kewujudan sumber air dalam bahagian bulan, yang membolehkan ia menjadi sumber baru kepada penjelajah angkasa dimasa akan datang.

kredit era