Resepi Ramadan 26 Ayam Masak Kuah Bunga Kantan Resepi Jarang Dibuat

AYAM MASAK KUAH BUNGA KANTAN 


BAHAN-BAHAN

  • 1/2 kg ayam dipotong sederhana besar . perap dengan garam kunyit.
  • air asam jawa secukupnya
  • sos plum secukupnya
  • garam dan gula secukup rasa

BAHAN DIKISAR HALUS

  1. Separuh bunga kantan di cincang kasar
  2. 1 batang serai  hiris ambil bahagian putih sahaja
  3. 5 ulas bawang putih
  4. 5 ulas bawang merah atau guna bawang merah besar pun boleh
  5. lengkuas sebesar ibu jari sikit tapi tak lah banyak sangat
  6. halia pun sama jugak tak lah banyak sangat
  7. 3 tangkai lada burung
  8. 4 – 5 tangkai lada kering , rebus sampai lembut
  9. 1 sudu besar belacan

CARA- CARA

  1. ayam digoreng separuh masak jangan garing sangat
  2. panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sampai wangi dan naik minyak
  3. masukkan air asam jawa dan sos plum, kacau rata
  4. masukkan ayam yang dah digoreng separuh masak
  5. biarkan mendidih sikit kalau boleh tutup sekejap nak bagi ayam tu masak  dan sebati sikit dengan kuah.
  6. perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
  7. siap untuk dihidangkan

Nota

Ayam goreng separuh masak baru sedap.. bila goreng separuh masak ni ayam lembut tak adalah keras sangat