Kenapa Kucing Kuat Berdengkur Dan Meow?

Kucing merupakan seekor haiwan yang paling disukai oleh ramai orang sebagai haiwan peliharaan, sikapnya tak kalah seperti puteri diraja. Suka bermanja, bermain, makan dan paling penting suka sangat beradu(Tidur dalam bahasa istana)


Mungkin ramai antara anda pencinta haiwan yang perasan atau tidak, bahawa kucing berdengkur ketika tidur. Mereka bukan sahaja berdengkur malahan suka mengeow terutama ketika perut lapar.

Kucing memiliki vokal suara yang luas dan ini lah penyebab mereka sering mengeong dengan manusia atau antara mereka dengan kucing.

Kebiasaan anak kucing akan mengeow sebab untuk memberikan pesanan atau mesej, dalam bahasa manusia kita panggilnya LANGUAGE. Kucing tak boleh bercakap seperti manusia, mereka cuma ada satu je language yaitu “MEOW”.

Perasan tak, kucing apabila lapar mereka akan datang kepada kita dan mengeluarkan suara “meow” sambil menggesek kaki. Kadang kala, mereka hanya ingin menarik perhatian kita sebagai tuan mereka. Bukan setakat itu, ketika kucing bergaduh mereka juga akan berbunyi  meow dengan suara yang dalam, seakan akan marah.

Suara meow kucing dapat dibezakan dalam 4 keadaan yaitu ketika ketakutan, kelaparan, marah, inginkan perhatian. Setiap suara yang dihasilkan amat berbeza.

Lain pula dengan dengkuran, ketika kucing berdengkur terutama ketika tidur. Mereka menghantar signal ke otot yang membuatkan kontraksi otot dan menutup glotis.