
Setiap hari anjing ini pergi ke kedai haiwan peliharaan dan pulang dengan beg yang penuh dengan makanan!!
Sangat mengagumkan apabila melihat gambar seekor anjing Brazil yang diberi nama Pituco, pergi ke kedai sendiri setiap hari untuk mengambil makanannya.
“semua orang kenal Pituco,” tuan kedai Agro Pet beritahu The Dodo. “makanannya di rak atas, jadi kami terpaksa beri kepadanya, dia menyalak apabila kami lakukan itu.”
Sejurus selepas mendapat makanannya, anjing itu terus menghala ke rumah. Pituco sebenarnya bukanlah dapat makanan percuma, tetapi tuan kedai veterina itu telah meletakkan semuanya di dalam beg makanan tadi makanan dan bil. Lepas itu pasti ada orang datang membayarnya.
Pituco bukan sahaja bagus dalam mengambil makanannya, tapi juga makanan bagi haiwan peliharaan lain tuannya. Kadang-kadang tuannya menelefon Agro Pet dan meminta kucing atau makanan burung, Pituco tetap pergi ke kedai itu dan pulang dengan makanan untuk haiwan lain.
Pituco sangat pandai? Rasanya ada tak haiwan peliharaan kita akan bertindak sama seperti Pituco?
Kumbang Yang Makan Katak Dan Cicak
Kumbang biasanya memakan haiwan kecil seperti serangga, cacing atau haiwan vertebrata (haiwan bertulang belakang) yang mati. Tapi, kumbang ini malah memangsa katak dan cicak.
Kumbang Epomis circumscriptus jadi pemangsa bagi katak dan cicak yang ukurannya jauh lebih besar.
Namun, menurut penyelidik Gil wizen, ketika ada ‘kerabat’ kumbang ini dimakan cicak atau katak, kumbang ini akan membalas dendam dengan menyerang dan memangsa katak atau cicak itu.
Kumbang jenis ini merupakan fenomena luar biasa haiwan invertebrata yang memangsa haiwan vertebrata, katanya. Tapi kumbang Epomis tidak serta merta menyerang mangsanya begitu saja.
Penyelidik mendapati, kumbang ini akan mendekatkan diri dengan mangsanya terlebih dahulu sebelum akhirnya menyerangnya di malam hari.
Semasa menyerang, kumbang ini akan menggigit belakang mangsa dan menusuknya hingga lumpuh. Ketika itulah kumbang Epomis memakan mangsanya secara perlahan. Kumbang ini memerlukan beberapa jam untuk menghabiskan ‘santapannya’ itu.
Sumber: Nak Bebel