Tolong… Kucing Terperangkap Dalam Mesin

Siapa antara anda yang pernah bermain Claw Machine? Sejenis permainan yang popular di dalam cerita Mr Bean. Claw Machine dimainkan dengan cara memasukkan Syiling dan menekan butang start, menggunakan joystick yang diberi perlu menangkap atau mengeluarkan barang yang kita mahukan dalam mesin tersebut.


Permainan ini sangat menyeronokkan dan juga mencabar kesabaran, setiap koin yang kita masukkan akan ditelan apabila kita gagal mendapatkan mainan tersebut. Kebiasaannya objek atau barang yang paling Spesial diletakkan di kedudukan yang sukar.

Sebuah video yang tersebar di dalam laman sosial Facebook Mark David Rodriguez menjadi viral di internet. Apabila video tersebut bukan menunjukkan mainan yang cuba ditangkap tetapi adalah seekor kucing sebenar sedang tidur dalam mesin tersebut, mark cuba menangkap kucing tersebut.

Kucing itu kelihatan sangat selesa dan tidur nyenyak di dalam mesin kotak kaca tersebut. Jika tidak dilihat dengan teliti pasti orang akan menganggap kucing itu hanyalah patung biasa, mark tergelak apabila mendapati patung itu sebenarnya adalah seekor kucing.

Mark bermain dan cuba mengacau si kucing yang sedang tidur, dia memasukkan syiling ke dalam mesin dan mengangkat kucing tersebut tapi tidak berjaya kerana kucing itu terlalu berat

Dia mengulangi perbuatannya kepada kucing tersebut, bagaimana reaksi kucing itu? Dia tidak marah, dan sepertinya dia tidak peduli. Mungkin terlampau mengantuk dan memilih untuk tidur.

Hahaha .. ada ada saja ya. Tapi kamu pintar sekali meong, tahu tempat ternyaman dan terempuk untuk tidur. Tumpukan boneka!