Kucing Memeluk Anjing Yang Sedang Dalam Keadaan Sakit

Semua orang tahu bahawa anjing dan kucing adalah ‘musuh tradisi’ yang sukar untuk berbaik. Pantang berjumpa ada sahaja yang mahu digaduhkan mereka lebih-lebih lagi jika mereka tinggal sebumbung. Sukar betul untuk mendamaikan dua pihak ini sehingga ada yang membuatkan tuan mereka pening kepala untuk mengatasi masalah tesebut.


Namun, tidak semua anjing dan kucing bermusuhan. Ada sahaja yang boleh berteman baik, tinggal bersama, makan bersama, main bersama dan makan pun bersama-sama, semuanya baik-baik sahaja. Apa yang lebih mencairkan hati apabila melihat mereka saling meyayangi dan melindungi. Ada antara mereka juga menjadi kawan baik sehingga tidak boleh dipisahkan langsung.

Itulah yang berlaku kepada seekor kucing, Winston dan kawan anjingnya, Zeke yang dilihat sangat menyayangi antara satu sama lain. Mereka memang berlainan spesies tetapi mereka begitu mengasihi. Buktinya, pada suatu hari Zeke dikatakan telah mengalami alergi dan jatuh sakit sehingga terpaksa dibawa berjumpa doktor haiwan.

 

Sekembalinya Zeke dari klinik Winston terus mendapatkan kawannya dan sejak itu dia terus menjaga Zeke sehingga pulih.